Sebelum ini pelakon popular Fasha Sandha memberitahu yang dia kini sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki, tetapi identiti jejaka itu tidak pernah didedahkan.
Inikah gambar kekasih Fasha Sandha? Sejuk mata memandang!
Bagaimanapun sewaktu sambutan ulang tahun hari lahir Fasha pada Selasa lalu, ada sumber menyampaikan pada teman Cik Pang yang lelaki dimaksudkan itu turut hadir.
Teman Cik Pang pun sempat jugalah risik-risik mana satu lelaki yang sedang berkawan dengan Fasha itu. Ada sumber menunjukkan yang jejaka itu ada bergambar dengan Fasha dan turut dimuat naik ke dalam laman sosial Instagram miliknya.
Bila Cik Pang menatap gambar itu, ternyata lelaki terbabit nampak segak. Orangnya bukan saja tampan, tetapi wajahnya juga sangat redup. Bak kata orang, sejuk mata memandang.
Kalau benarlah ini lelaki yang dimaksudkan, rasanya sedang eloklah. Sekurang-kurangnya Fasha sudah membuka ruang hatinya untuk berkawan dengan lelaki lain.
Seperti yang ditegaskan Fasha sebelum ini, dia dan lelaki terbabit masih lagi peringkat berkawan. Tidak mengapa, sekurang-kurangnya berkenal-kenallah dulu. Kalau sudah ada keserasian siapa tahu mungkin lelaki itu adalah jodoh Fasha.
Cik Pang sendiri mendoakan yang baik-baik buat Fasha. Kalau benar lelaki itu serius mahu membina perhubungan lebih rapat dengan Fasha, tunjukkanlah kesungguhan.
Paling penting, jangan cuba mengambil kesempatan kerana setahu Cik Pang, perkara itu sangat menjadi kepantangan kepada ibu anak dua ini.
Sumber: Metro
Sumber Inikah gambar kekasih Fasha Sandha? Sejuk mata memandang!
0 Response to "Inikah gambar kekasih Fasha Sandha? Sejuk mata memandang!"
Post a Comment