Pengusaha Nasi Lemak GAY dan Nasi Lemak Pondan digesa berhenti mempromosikan perniagaan mereka kerana ia adalah haram walaupun makanan yang dijualnya halal, kata mufti Perak.
“Haram walaupun makanan yang dijual halal” – Mufti gesa pemilik nasi lemak pondan dan nasi lemak gay henti promosi perniagaan
Tan Sri Harussani Zakaria berkata perkataan yang menjurus kepada golongan homoseksual itu bertentangan dengan Islam.
“Itu nama-nama yang tidak baik. Haram. Ia menarik orang ramai ke arah kehidupan pondan dan gay.
“Ia nanti akan mengundang fitnah terutama kepada pembeli-pembeli yang dikatakan suka atau cenderung kepada pondan dan gay,” katanya seperti dilapormStar Online.
Namun mufti Kelantan menolak cadangan supaya pengusaha terbabit dikenakan tindakan pihak berkuasa sebaliknya cukup hanya sekadar teguran.
“Tidak perlu tindakan, apa yang lebih utama adalah mengetengahkan pendidikan dan moral kerana kalau benda itu halal sekalipun, tetapi ia tidak baik dari segi moral, ia perlu diberi nasihat untuk memperbetulkannya,” kata Datuk Mohamad Shukri Mohamad dilapor portal itu lagi.
Gerai Nasi Lemak GAY, singkatan kepada ‘Gerai Adi Yusuf’ yang beroperasi sejak Januari lalu di Cheras ditutup buat sementara selepas menerima kecaman teruk di media sosial.
Sumber: Malay Mail
Sumber “Haram walaupun makanan yang dijual halal” – Mufti gesa pemilik nasi lemak pondan dan nasi lemak gay henti promosi perniagaan
0 Response to "“Haram walaupun makanan yang dijual halal” – Mufti gesa pemilik nasi lemak pondan dan nasi lemak gay henti promosi perniagaan"
Post a Comment