Elak kena saman, lelaki lukis sendiri petak parking

Mencari tempat meletak kereta adalah perkara yang melecehkan, tetapi seorang pemandu di timur China ini muncul dengan satu idea yang dianggap dapat menyelesaikan permasalahan itu.

Seorang lelaki di Jinhua, wilayah Zhejian melukis sendiri garisan menggunakan kapur untuk meletak kenderaannya, lapor Qianjiang Evening News.

Polis trafik menyedari garisan pelik itu ketika membuat rondaan dan membuat perbandingan dengan garisan meletak kenderaan yang betul.

Hasilnya mereka mendapati garisan menggunakan kapur itu lebih halus dan tidak lengkap.

Rakaman kamera pengawasan yang diperoleh polis menunjukkan sebuah van barang diparkir di tepi jalan.

Seorang lelaki berbaju oren kemudian dilihat keluar dari kenderaan itu sebelum melukis sesuatu di atas jalan.

Menurut polis, van itu diparkir di situ selama empat hari. Dia kemungkinan berdepan denda antara 500 hingga 5,000 yuan (RM320 hingga RM3,200).

Sumber: Harian Metro



Sumber Elak kena saman, lelaki lukis sendiri petak parking

Related Posts :

0 Response to "Elak kena saman, lelaki lukis sendiri petak parking"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect