Dua buah kereta termasuk salah satunya dipercayai milik individu bergelar Datuk yang diletakkan di tengah-tengah laluan awam di kawasan berhampiran Pasar Borong Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Batu Berendam, di sini, semalam sehingga mencetuskan kekecohan.
Dua kereta, salah satunya milik Datuk diletakkan di tengah-tengah jalan, menghalang laluan awam cetus kekecohan
Keadaan itu mendorong orang ramai menghubungi Adun Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong yang kemudian meminta bantuan sepasukan anggota polis untuk menyelesaikan perkara itu.
Dakwa Poay Tiong, kereta jenis Mercedes Benz berwarna hitam serta mempunyai lambang Ahli Majlis Datuk-Datuk Negeri Melaka itu diletakkan sebagai penghalang laluan sejak beberapa hari lalu.
“Lambang yang terdapat pada kereta tersebut menunjukkan pemiliknya adalah seorang Datuk yang dikurniakan Kerajaan Negeri Melaka. Adakah Datuk boleh sembarangan meletakkan kereta di tengah jalan sehingga orang tak boleh lalu di kawasan ini,” katanya.
Menurutnya, beliau sudah merujuk kepada pihak berkuasa sebelum mengambil tindakan seterusnya bagi membantu orang ramai.
“Saya telah siasat dengan pihak berkuasa, jalan ini memang laluan awam bukannya untuk letak kereta dia sedemikian,” katanya kepada pemberita pada sidang media, di sini, semalam.
Sementara itu, kekecohan berkenaan bagaimanapun reda apabila polis tiba dan menghubungi pemandu kenderaan terbabit bagi mengarahkan untuk mengalihkannya.
Pemandu terbabit akhirnya bertindak mengalihkan kenderaan tersebut selepas menerima tindakan saman daripada polis.
Situasi itu menyebabkan orang ramai yang menyaksikan keadaan itu bertepuk tangan sebaik sahaja kenderaan itu dialihkan.
Sumber Dua kereta, salah satunya milik Datuk diletakkan di tengah-tengah jalan, menghalang laluan awam cetus kekecohan
0 Response to "Dua kereta, salah satunya milik Datuk diletakkan di tengah-tengah jalan, menghalang laluan awam cetus kekecohan"
Post a Comment