Beberapa hari yang lepas ada pihak memberikan saya ‘seekor jenglot’ yang berasal dari negara seberang. Kononnya, jenglot ini sejenis makhluk yang mempunyai pelbagai cerita aneh. Pelbagai cerita sihir, mistik dan pelik yang sering dikaitkan dengan ‘makhluk’ jenglot itu. Mereka yang dipengaruhi amalan sihir dan syirik sanggup membeli benda ini dengan harga yang mahal. Kita semua berlindung dengan Allah daripada amalan syirik, sihir, syaitan dan segala kejahatan apa sahaja makhluk yang wujud. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segalanya.
Sebahagian cerita syaitan dan jin itu hanya tokok tambah dan khurafat semata. Pagi ini saya telah serahkan jenglot itu kepada pihak UNIMAP untuk dimasukkan ke dalam makmal kajian secara saintifik. Semoga dengan itu kita akan dapat mengetahui apakah di sebalik dakwaan yang pelbagai itu. Sebelum pihak USM pernah membuat kajian atas bahan jenglot. Harap kajian UNIMAP lebih lengkap.
Sumber: Dr MAZA
Sumber Diberikan seekor ‘jenglot’, Mufti Perlis serah kepada UNIMAP untuk kajian
0 Response to "Diberikan seekor ‘jenglot’, Mufti Perlis serah kepada UNIMAP untuk kajian"
Post a Comment