Berang ditegur menunjuk-nunjuk, Fasha Sandha ‘sound’ komen netizen

Setiap pasangan yang mempunyai cahaya mata pasti akan sentiasa merakam momen-momen terindah bersama anak mereka supaya ia dapat dijadikan kenangan terindah suatu hari nanti.

fashasandha

Mana tidaknya, dari situ juga kita akan sentiasa melihat video dan gambar yang dirakam dan pasti akan terdetik satu perasaan rindu, gembira dan bangga terhadap anak-anak apabila mereka sudah meningkat dewasa kelak.

Walau bagaimanapun, bukan semua netizen akan sentiasa menyukai dengan apa yang kita lakukan. Ada sahaja kesalahan yang terpampang dimata mereka.

Baru-baru ini pelakon jelita Fasha Sandha ada memuat naik video beliau bersama anak-anaknya menerusi akaun Instagram beliau dan video itu menjadi kontroversi apabila ada salah seorang pengikut yang dikenali sebagai Seha Sawal kurang senang dengan sikap Fasha.

Apa yang difahamkan, individu itu seolah-olah menganggap Fasha seperti sengaja mahu menunjuk-nunjuk tetapi komen beliau telah pun dipadam oleh individu itu sendiri.

Fasha yang berang terhadap komen yang dilemparkan itu telah membalasnya untuk menegaskan apa niat sebenar beliau memuat naik video itu.

fasha

Isu balas membalas ini tidak terhenti disitu apabila individu terbabit juga meluahkan apa yang dirasa dan ia sekali lagi memanggil Fasha untuk membalasnya kembali.

fasha1fasha2

Rata-rata netizen juga menyokong tindakan Fasha kerana menganggap itu adalah hal Fasha sebagai seorang ibu sudah pasti beliau akan sentiasa merakam detik-detik indah bersama anak-anaknya.

aaabbbcccdddKami di SURIA juga berpendapat bahawa apa yang dilakukan oleh Fasha itu bukanlah sesuatu yang salah bahkan ia mungkin cara Fasha tersendiri sebagai seorang ibu dan kami percaya sesiapa sahaja yang sudah memiliki cahaya mata pasti akan memahami apa yang dilakukan oleh Fasha.

 

Sumber: Suria



Sumber Berang ditegur menunjuk-nunjuk, Fasha Sandha ‘sound’ komen netizen

Related Posts :

0 Response to "Berang ditegur menunjuk-nunjuk, Fasha Sandha ‘sound’ komen netizen"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect