Vokalis kumpulan Kristal, Lan mengakui mengambil masa selama sebulan sebelum membuat keputusan memotong rambutnya.
Menurut Lan, dia yang sebelum ini selesa berambut panjang sejak 2001 bagaimanapun, mengambil keputusan untuk memotong pendek rambutnya pada Jumaat lalu.
“Ini adalah gaya potong paling pendek yang saya lakukan sejak tahun 2001 dan dilakukan atas kehendak saya sendiri.
“Apa yang menarik bila saya berambut pendek ialah anak-anak yang mula rasa janggal kerana sebelum ini sudah terbiasa melihat ayahnya berambut panjang,” katanya.
Bagi Lan, berimej rock tidak semestinya memerlukan seseorang itu tampil dengan rambut panjang apatah lagi sudah ramai artis rock yang berambut kemas sekarang.
“Saya potong rambut bukan kerana ada niat tertentu dan sebagainya. Saya cuma ubah angin sedikit seperti waktu kemunculan awal Kristal.
“Waktu itu, kami semua berambut pendek. Jadi, rambut pendek ini ibarat permulaan diri saya seperti mana Kristal memasuki industri seni,” jelasnya.
Dalam pada itu, Lan juga sedang dalam proses untuk tampil dengan lagu solonya dan juga sebuah album kompilasi bersama Kristal.
Sumber: UTUSAN ONLINE.
Sumber Anak-anak pelik tengok Lan Kristal potong rambut pendek
0 Response to "Anak-anak pelik tengok Lan Kristal potong rambut pendek"
Post a Comment