500 ahli PPBM Rembau isytihar keluar parti

Seramai 500 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Rembau, malam tadi mengisytiharkan keluar daripada parti berkenaan serta merta.

Ketua Aktivis PPBM Bahagian Rembau, Mohd Anas Sudin (empat, kiri) dan ahli PPBM bahagian itu menunjukkan borang keluar parti berikutan hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan PPBM. — Foto Bernama

Ketua Aktivis PPBM Negeri Sembilan, Mohd Anas Sudin yang mengetuai kumpulan berkenaan, berkata keputusan itu dibuat sebulat suara dalam satu mesyuarat pada 28 Mac lepas ekoran mereka hilang keyakinan terhadap pucuk pimpinan PPBM, yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau mendakwa antara sebab keputusan keluar parti dibuat adalah kerana PPBM mengamalkan kronisme, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Muhyiddin dan Timbalan Presiden Datuk Seri Mukhriz Mahathir, selain anggota jawatankuasa yang dilantik masih anggota Umno serta hala tuju parti yang kabur.

“Berikutan keputusan keluar parti beramai-ramai ini, saya boleh katakan PPBM Rembau lumpuh 99 peratus. Di Bahagian Rembau, ada 2,000 ahli dan 1,500 lagi akan keluar parti dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media di sini.

Mohd Anas yang menyertai PPBM pada 10 Okt 2016, berkata surat keluar parti secara beramai-ramai itu, bagaimanapun akan diserahkan kepada Ibu Pejabat PPBM selewat-lewatnya 15 April ini. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



Sumber 500 ahli PPBM Rembau isytihar keluar parti

Related Posts :

0 Response to "500 ahli PPBM Rembau isytihar keluar parti"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect