‘Ya Allah, lindungilah Ikhwan, Aiman’

Operasi SAR mengesan dua kanak-kanak yang hilang dan dikhuatiri lemas di Sungai SKC Bukit Beruntung akan disambung semula pagi esok.

Muhammad Ikhwan Mohd Ridhwan, 12, dan rakannya, Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12, masih gagal ditemui selepas operasi bermula pda kira-kira 8 pagi, Sabtu.

Jurucakap bomba berkata, selepas mengadakan perbincangan, operasi dihentikan sementara.

“Keadaan gelap menyebabkan operasi terpaksa ditangguhkan kerana bimbang dengan keselamatan petugas.

“Operasi hari ini (Sabtu, 18 Mac) gagal menemui dua lagi mangsa yang dihanyutkan arus, semalam. Hujan lebat turut menyukarkan usaha pencarian,” katanya.

Muhammad Ikhwan dan Muhammad Aiman adalah antara lapan kanak-kanak dihanyutkan dalam tragedi ‘ditelan’ kepala air di Sungai SKC, pada kira-kira 6 petang, Jumaat.

Lima rakan mereka ditemui lemas, termasuk arwah Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12, Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, Shahrizwan Abdullah, 10,

Shahrizat Abdullah, 12, dan Mohd Iskandar Shah Abdullah, 11.

Muhammad Shahir Azman, 12, adalah satu-satunya yang terselamat dalam kejadian itu dan dikatakan trauma.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber ‘Ya Allah, lindungilah Ikhwan, Aiman’

Related Posts :

0 Response to "‘Ya Allah, lindungilah Ikhwan, Aiman’"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect