Merenung tajam dengan ‘mata gatal’ selain mengambil kesempatan memegang mana-mana bahagian tubuh pelanggan wanitanya yang menggiurkan termasuk isteri orang antara tabiat tidak bermoral peniaga runcit warga asing di Kampung Mulong, di sini sehingga dua mangsa membuat laporan polis atas dakwaan mencabul.
Laporan terbaru itu dibuat selepas mereka menjadi mangsa peniaga berkenaan ketika membeli barang keperluan harian pada Jumaat dan kelmarin.
Baca artikel sebelum: Warga Pakistan kurang ajar kacau isteri orang dengan isyarat lucah jari kelingking banding dengan suami
Akibat perbuatan tidak bermoral itu, peniaga runcit warga asing itu cedera dipukul ahli keluarga mangsa dan orang kampung dalam kejadian kelmarin dan terpaksa dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II.
Seorang daripada mangsa itu yang mahu dikenali Ana, 22, berkata, dia ke kedai runcit itu yang dibuka 24 jam untuk membeli ubat sakit kepala kerana adiknya sakit kepala kira-kira jam 10 malam, Jumaat lalu.
“Ketika masuk ke kedai, tiada pelanggan lain cuma peniaga lelaki warga asing itu saja dan dia memerhatikan saya sehingga saya rasa tidak selesa.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Sumber: Harian Metro
Sumber Warga pakistan kacau bini orang rupanya selalu ambil kesempatan pegang bahagian tubuh pelanggan wanitanya termasuk isteri orang
0 Response to "Warga pakistan kacau bini orang rupanya selalu ambil kesempatan pegang bahagian tubuh pelanggan wanitanya termasuk isteri orang"
Post a Comment