Video Stesen TV Korea Selatan buat parodi Korea Utara ‘dungu’

ANTARA perkara yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia di kala ini adalah kemungkinan berlakunya konflik persenjataan antara Malaysia dan Korea Utara.

Semua ini gara-gara ketegangan diplomatik antara Putrajaya-Pyongyang yang menyaksikan kedua-dua buah negara telah mengusir duta masing-masing.

Situasi bertambah buruk apabila Pyongyang mula ‘tunjuk belang’ dengan menjalankan ujian roket jarak jauh yang ternyata membangkitkan kebimbangan seluruh dunia.

Ternyata sekali republik itu tidak goyah dengan sekatan antarabangsa, malah dengan sombongnya melaungkan amaran provokasi dan propaganda secara terbuka.

Perkara ini lantas membuatkan segelintir rakyat Malaysia mula resah sehingga ada yang menjadikan isu ketegangan itu membawa kepada bibit peperangan antara kedua-dua negara.

Ya, tidak dinafikan rejim Korea Utara sememangnya merupakan taiko besar pengeluaran senjata nuklear namun tahukah anda jiran mereka, iaitu Korea Selatan sehingga kini masih berperang dengan negara republik itu?

Stesen TV KBS di Korea Selatan sehingga ke hari ini masih menyiarkan sebuah rancangan parodi popular yang dinamakan “Confusing News”, iaitu sebuah slot program daripada rancangan Gag Concert.

Ia memaparkan bagaimana Korea Selatan membuat jenaka ‘makan dalam’ terhadap Korea Utara yang disiarkan secara konsep parodi berita TV Korea Utara.

 

Sumber: Mynewshub



Sumber Video Stesen TV Korea Selatan buat parodi Korea Utara ‘dungu’

Related Posts :

0 Response to "Video Stesen TV Korea Selatan buat parodi Korea Utara ‘dungu’"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect