Seorang kaki judi berusia 50 tahun sanggup merayu kepada penguatkuasa agama agar merahsiakan kegiatannya daripada isteri kerana bimbang bercerai.
“Tolong jangan beritahu isteri saya, kalau dia tahu, dia pasti marah dan kami boleh bercerai,” – Rayu kaki judi umur 50 tahun ketika dicekup
“Tolong jangan beritahu isteri saya, kalau dia tahu, dia pasti marah dan kami boleh bercerai,” rayu lelaki yang membeli nombor ekor di sebuah premis di sini seperti dilapor Harian Metro.
Lelaki terbabit antara tujuh individu yang ditahan penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), berusia 31 hingga 60 tahun di enam premis berasingan petang kelmarin.
“Beberapa individu sempat melarikan diri sebaik menyedari kehadiran kami,” kata ketua unit operasi.
Ahmad Zaki Hamzah berkata semua yang ditahan dibawa ke pejabat JHEAINS untuk siasatan dan dibebaskan dengan bon jaminan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 79(a) Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992 pindaan 2004 yang memperuntukkan denda maksimum RM3,000 dan penjara dua tahun.
Sumber: Malay Mail
Sumber “Tolong jangan beritahu isteri saya, kalau dia tahu, dia pasti marah dan kami boleh bercerai,” – Rayu kaki judi umur 50 tahun ketika dicekup
0 Response to "“Tolong jangan beritahu isteri saya, kalau dia tahu, dia pasti marah dan kami boleh bercerai,” – Rayu kaki judi umur 50 tahun ketika dicekup"
Post a Comment