Polis memburu suami isteri etnik Rohingya yang dipercayai terbabit dalam pembunuhan lelaki daripada etnik sama di Kampong Pak Madah, Bukit Payung, Marang, semalam.
Suspek utama dikenal pasti sebagai Mohamad Qarim Abdul Razak, 30, dan isterinya, Babe Nur Karim, 25, dipercayai menghilangkan diri bersama dua anak mereka berusia 13 dan empat bulan selepas pembunuhan itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner Wan Abd Aziz Wan Hamzah berkata, siasatan awal mendapati pembunuhan itu didalangi Mohamad Qarim yang lebih dikenali sebagai Qori.
Beliau berkata, siasatan juga mendapati Qori dibantu dua lagi adik beradiknya yang masih belum dikenal pasti identiti mereka.
“Semua suspek dipercayai sudah melarikan diri termasuk Qori dan keluarganya ketika jiran yang terdengar bunyi pergaduhan datang memeriksa rumah berkenaan.
“Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai suspek atau terlihat kehadiran mereka di mana-mana boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.
Dalam kejadian 11.50 malam semalam, lelaki etnik Rohingya ditemui mati dengan beberapa kesan tikaman di dada dan belakang badan serta kecederaan di kepala.
Mayat mangsa berusia 35 tahun dan memiliki kad UNHCR ditemui jirannya yang datang membuat pemeriksaan selepas mendengar bunyi pergaduhan.
Sumber: Harian Metro
Sumber Suami isteri Rohingya terbabit kes pembunuhan
0 Response to "Suami isteri Rohingya terbabit kes pembunuhan"
Post a Comment