Teresa Kok dituduh mengganggu majlis kenduri perkahwinan semalam, namun wakil rakyat DAP itu mendakwa bantahannya diganggu orang Umno.
Sidang media dituduh menganggu majlis perkahwinan, Teresa Kok dakwa dia diganggu orang Umno
Wakil rakyat Seputeh bersama sekumpulan penyokongnya membantah projek perumahan di kawasannya, berdekatan lokasi kenduri di Dewan Komuniti Seputeh.
Kok berkata sidang medianya tentang projek perumahan di Taman Danau Desa di sini yang dibantahnya menjadi kecoh apabila orang-orang Umno mengganggunya.
“Sidang media saya di seberang jalan, bukan di depan pintu masuk Umno Seputeh,” katanya kepada Malay Mail Online hari ini.
Semalam, Utusan Malaysia melaporkan kekecohan dan pertengkaran mulut berlaku antara seorang wanita dan kumpulan Kok yang membantah projek rumah mampu milik.
Dalam video di portal itu, seorang wanita bertegang urat dengan peserta protes, yang menasihatkan mereka menghormati majlis perkahwinan itu.
“Tolong buat esok. Di sana ada majlis perkahwinan. Tolong hormati kami,” kata wanita itu dalam video, sambil menunjuk arah lokasi majlis itu berlangsung.
“Majlis perkahwinan di sana. Kamu boleh buat hari lain. Kamu boleh nampak perkahwinan di sana, kamu boleh bersurai,” tegas wanita itu lagi.
Sumber: Malay Mail
Sumber Sidang media dituduh menganggu majlis perkahwinan, Teresa Kok dakwa dia diganggu orang Umno
0 Response to "Sidang media dituduh menganggu majlis perkahwinan, Teresa Kok dakwa dia diganggu orang Umno"
Post a Comment