Personaliti televisyen berbangsa Inggeris yang fasih dengan loghat Terengganu iaitu Mat Dan selamat diijabkabulkan dengan seorang wanita yang dirahsiakan identitinya pada Ahad.
Sah! Mat Dan sudah bernikah dengan gadis Melayu
Majlis akad nikah dilakukan secara tertutup selepas solat Asar di Bukit Chendering di sini.
Media difahamkan wanita berusia 20-an itu merupakan seorang pramugari.

Ibu Mat Dan menyarungkan cincin ke jari manis bakal menantunya semasa majlis pertunangan yang diadakan sebelah pagi. Gambar ihsan pembaca.
Majlis akad nikah itu dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak termasuklah ibu-bapa Mak Dan yang datang dari Bristol England iaitu Kevin Tyler dan Nicol Tyler.
Pasangan pengantin terlebih dahulu bertunung pada hari yang sama, diadakan pada sebelah pagi.
Hasrat Mat Dan atau nama sebenarnya Kareef Daniel Abdullah, 28, untuk merahsiakan majlis pertunagannya itu gagal selepas gambar-gambarnya menjadi tular pada tengah hari iaitu beberapa jam selepas mengikat tali pertunangan.
Mat Dan fasih bercakap loghat Terengganu sejak berkunjung ke negeri itu pada tahun 2009 untuk bercuti.
Mat Dan popular dalam rancangan travelog siaran Astro Prima iaitu “Mat Dan Kaki Jalan”.
Sumber: Mstar
Sumber
Sah! Mat Dan sudah bernikah dengan gadis Melayu
Related Posts :
Padah Sokong LGBT, Rakyat Seluruh Dunia Boikot Honda
AKIBAT menyokong program anjuran LGBT (Lesbian, Gay, Bisexual dan Transgender), American Honda Motor menerima padah apabila dikecam dengan… Read More...
Muncul hanya dua kali sebulan, ada ‘pulau rahsia’ di Selangor! (VIDEO)
JERAM, 23 Jun — Anda mungkin tidak percaya, di tengah-tengah Selat Melaka wujud satu “pulau rahsia” yang hanya muncul dua kali sebulan, ia… Read More...
Lepas ‘Jubah Pahlawan’,Kini Muncul ‘Kurta Pendekar’ Pula
IPOH, 24 Jun ― Kurta iaitu pakaian tradisional masyarakat lelaki India kini menjadi 'trend' dan pilihan orang ramai untuk digayakan pada A… Read More...
“Saya Nak Vaksin Anak Saya Tapi...”
Kisah Benar Seorang Ibu Yang Insaf Setelah Tidak Menvaksinkan Anaknya
Sebuah kisah yang baru sahaja terjadi di klinik saya sebelum puasa. B… Read More...
Kami Akan Dihalau Dari Rumah Perlindungan, Tolonglah Kami!
BATU CAVE - "Kami akan dihalau jika tunggakan RM387,000 tidak dibayar," demikian kata wakil Rumah Perlindungan Al Nasuha yang sudah buntu … Read More...
0 Response to "Sah! Mat Dan sudah bernikah dengan gadis Melayu"
Post a Comment