Orang ramai berebut mi sup RM1

Kos untuk menyediakan semangkuk mi, kuetiau atau bihun sup sekitar RM3 hingga RM5, namun pasangan suami isteri dari Kampung Tapang di sini, sanggup menjualnya dengan harga RM1 semangkuk.

Bagi mereka, melihat pelanggan seronok membeli dan menikmatinya cukup memberi kepuasan walaupun harga jualannya tidak setimpal dengan kos yang dikeluarkan.

Tambahan pula dengan kos sara hidup yang semakin tinggi, makanan harga bajet seperti itu pasti menarik minat pelanggan termasuk murid dan pelajar selain penduduk kampung.

Siti Hayati Husin, 38, berkata, dia dan suaminya, Alias Ab Rahid, 38, membuka kedai makan itu secara kecil-kecilan pada Disember tahun lalu dengan sasaran awal untuk penduduk kampung dan murid serta pelajar di sekolah.

“Tak sangka ramai yang minat dan mereka mula berkongsi cerita di Facebook menyebabkan ramai yang berkunjung ke sini untuk hidangan yang murah.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Orang ramai berebut mi sup RM1

Related Posts :

0 Response to "Orang ramai berebut mi sup RM1"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect