Ketua Pemuda Pas, Nik Abduh Nik Abduh Nik Abdul Aziz tewas dalam pemilihan peringkat kawasan Pengkalan Chepa bagi sesi 2017/2019, hari ini.
Nik Abduh tewas di Pengkalan Chepa
Ahli Parlimen Pasir Mas itu gagal merebut jawatan Timbalan Yang Dipertua dari penyandangnya Dr Izani Husin yang mendapat 209 undi berbanding Nik Abduh yang memperoleh 37 undi.
Yang Dipertua kawasan itu kekal milik Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Sementara Adun Chempaka, Ahmad Fathan Mahmood yang mengantikan bekas Mursyidul Am Pas, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai wakil rakyat pula mendapat sokongan tertinggi untuk jawatan ahli jawatankuasa kawasan dengan jumlah 205 undi.
Sebelum itu turut mengekalkan kepimpinan dalam sayap kawasan Ketua Muslimat, Wan Ubaidah Omar, Ketua Pemuda, Mohd Ariff Abdullah.
Mohd Amar yang juga Naib Presiden Pas merasmikan mesyuarat agung itu yang diadakan di Kompleks Purnama.
Sumber: Sinar Harian
Sumber Nik Abduh tewas di Pengkalan Chepa
0 Response to "Nik Abduh tewas di Pengkalan Chepa"
Post a Comment