Mulai Mei 2017 tiada lagi akses Internet untuk komputer penjawat awam

Penjawat awam di negara Singapura akan dihalang dari mengakses internet dari komputer yang disediakan, mulai  Mei 2017.

Mulai Mei 2017 tiada lagi akses Internet untuk komputer penjawat awam

Mulai Mei 2017 tiada lagi akses Internet untuk komputer penjawat awam

Tindakan drastik itu dibuat bagi tujuan keselamatan dan rahsia negara dari diakses oleh pihak tertentu dan perlaksanaan dijangka melibatkan 100,000 buah komputer penjawat awam.

Bagaimanapun, penjawat awam hanya dibenarkan mengakses internet menerusi peranti pintar peribadi mereka. Manakala di setiap pejabat kerajaan, hanya beberapa buah komputer khas yang akan diberikan akses internet bagi tujuan rasmi seperti membuka emel.

Masalah intipan dan ketirisan maklumat rahsia dipandang serius. Komputer yang disambung pada internet terdedah kepada penggodam dan malware.

Tinjauan di laman mForum Cari, 57% menyokong agar Kerajaan Malaysia juga turut melaksanakan tindakan yang sama bagi mengekang kebocoran maklumat sulit kerajaan.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata, tiada keperluan untuk menyekat akses kemudahan internet dalam kalangan penjawat awam.

SumberStraits TimesmForum CariBernama

 

Via: The Coverage



Sumber Mulai Mei 2017 tiada lagi akses Internet untuk komputer penjawat awam

0 Response to "Mulai Mei 2017 tiada lagi akses Internet untuk komputer penjawat awam"

Post a Comment