Mohon guru matematik tapi pejabat agama yang tapis?

DAP bingung apabila permohonan seorang wanita bukan Islam untuk menjadi guru matematik ditapis oleh Jabatan Agama Islam Sarawak.

Chong Chieng Jen (kanan) menunjukkan cetakan nama Wong Wang Yuen, yang gagal menjadi guru, pada sistem permohonan kerja kerajaan, 2 Mac 2017. — Foto oleh Sulok Tawie

Menyifatkannya sebagai “tidak masuk akal”, pengerusi DAP negeri mahu Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Abang Openg menjelaskan tindakan itu.

“Ia cukup tidak munasabah bagi Jabatan Agama Islam Sarawak menapis dan [tidak] meluluskan permohonan bukan Islam yang mahu menjadi guru,” kata Chong Chieng Jen.

“Kenapa jabatan itu menapis permohonannya sedangkan dia bukan Islam dan dia bukan mahu mengajar [subjek] Pendidikan Islam tetapi [subjek] Matematik?”

Chong, ketua pembangkang Sarawak, merujuk kes Wong Wang Yuen, seorang lulusan sarjana matematik Universiti Perguruan Sultan Idris, yang ditolak permohonannya bulan lalu.

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Mohon guru matematik tapi pejabat agama yang tapis?

Related Posts :

0 Response to "Mohon guru matematik tapi pejabat agama yang tapis?"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect