Lelaki Rohingya mati mengerikan selepas diseksa, badannya ditikam dengan gerudi, mesin pengisar, tukul, parang dan topi keledar

Seorang lelaki etnik Rohingya ditemui mati dalam keadaan mengerikan apabila tubuhnya dibelasah dan ditikam bertubi-tubi dipercayai menggunakan gerudi, mesin pengisar, tukul, parang, pisau dan topi keledar dalam kejadian di Kampong Pak Madah, Bukit Payung, Marang, malam tadi.

Lelaki Rohingya mati mengerikan selepas diseksa, badannya ditikam dengan gerudi, mesin pengisar, tukul, parang dan topi keledar

Lelaki Rohingya mati mengerikan selepas diseksa, badannya ditikam dengan gerudi, mesin pengisar, tukul, parang dan topi keledar

Dalam kejadian kira-kira jam 11 malam itu, mangsa berusia 35 tahun berkenaan ditemui terbaring dalam keadaan berlumuran darah selepas dipercayai diserang selepas pertengkaran dengan tiga beradik yang juga dipercayai etnik Rohingya di rumah berkenaan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, berkata siasatan awal mendapati mangsa mengunjungi rumah sewa suspek utama yang dikenali sebagai ‘Qori’ sebelum berlaku pertengkaran antara mereka.

Katanya, mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang oleh jiran yang membuat pemeriksaan di rumah terbabit selepas terdengar orang bergaduh.

“Bagaimanapun, suspek berusia 30 tahun itu yang menjalankan perniagaan barang lusuh sudah melarikan diri bersama isteri dan dua anaknya yang berusia 13 dan empat bulan sejurus kejadian.

“Ketika menjalankan pemeriksaan di rumah terbabit, polis merampas beberapa alatan seperti pisau, tukul besi, parang, gerudi, mesin pengisar dan tiga topi keledar yang mempunyai kesan darah,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Wan Abdul Aziz berkata, hasil siasatan lanjut, pihaknya menahan seorang lelaki etnik Rohingya berusia 33 tahun yang juga peniaga barang lusuh di kawasan sekitar Bukit Payung, Marang, untuk membantu siasatan.

“Polis percaya penahanan ini dapat membantu menjejaki semua suspek terbabit kerana lelaki berkenaan mengenali adik beradik itu. Motif pembunuhan masih disiasat namun kami percaya ia ada kaitan dengan dendam dan cemburu,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk bedah siasat.

Sumber: Bharian



Sumber Lelaki Rohingya mati mengerikan selepas diseksa, badannya ditikam dengan gerudi, mesin pengisar, tukul, parang dan topi keledar

Related Posts :

0 Response to "Lelaki Rohingya mati mengerikan selepas diseksa, badannya ditikam dengan gerudi, mesin pengisar, tukul, parang dan topi keledar"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect