Cantik seni bina rumah papan ini. Itu baru tengok luarannya belum lagi tengok di dalamnya.
Kos Rumah Papan Ini Hanya RM30 Ribu, Tapi Hasilnya Sangat Mengagumkan!
Apa istimewanya rumah papan ini? Jadi, anda kena tahu 5 fakta menarik tentang rumah papan cantik ini.
1. Pemiliknya Dzul Asri dan isteri mengambil masa tiga bulan untuk membina rumah papan ini
Rumah papan tergergam indah ini terletak di Tuaran, Sabah. Proses pembinaan bermula pada bulan januari dan ini lah hasilnya setelah tiga bulan.
2. Rumah dua bilik ini di bina atas tanah pemberian orang tua
Kebetulan orang tua pemilik juga tinggal berdekatan dengan rumah mereka.
3. Berapa kos yang diperlukan? Hanya RM25 ribu ke RM30 ribu sahaja
Menariknya kosnya hanya di antara 25 hingga ke 30 ribu sahaja termasuk upah tukang, balcony, tangga, bumbung balcony, cat, railing, tiles dan dinding. Kos tersebut tidak termasuk perabot.
4. Pemilik mendapat idea untuk membina rumah papan ini ketika melancong
Pemilik dan isteri memang gemar melancong. Jadi tidak hairanlah apabila interior dalaman rumah papan ini banyak di pengaruhi elemen Inggeris. Daripada segi pemilihan perabot pemilik memilih “all white & minimalist”
5. Rumah papan ini di bina dan di hias secara peringkat demi peringkat
Pemilik masih sedang dalam proses ubah suai dan menambah baik apa yang perlu.
Sumber: Hanasuva
Sumber Kos Rumah Papan Ini Hanya RM30 Ribu, Tapi Hasilnya Sangat Mengagumkan!
0 Response to "Kos Rumah Papan Ini Hanya RM30 Ribu, Tapi Hasilnya Sangat Mengagumkan!"
Post a Comment