Pelakon, Lana Nordin tidak berhasrat mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melanggar keretanya baru-baru ini.
Jelasnya ketika kejadian dia dan suami, Mohd. Daud McKienzie yang dalam perjalanan ke Singapura terkejut dengan tindakan seorang lelaki melanggar bahagian depan keretanya sehingga menyebabkan ianya bercalar.
“Ketika kejadian, saya dalam perjalanan ke Singapura. Memang di lokasi pemeriksaan untuk keluar dari Malaysia ke Singapura, jalan yang mempunyai empat laluan di kecilkan kepada dua laluan sahaja. Jadinya kereta saya calar akibat pelanggaran tersebut.
“Bila suami saya cuba untuk selesaikan perkara itu, pemandu berkenaan seperti cuba mengelak. Malah dia juga enggan pergi ke balai polis berdekatan untuk membuat laporan mengenai kemalangan itu. Dari situ kita boleh tahu siapa yang salah,” jelasnya.
Agak terkejut apabila video rakaman perlanggaran itu tular di laman sosial, jelas Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin, 36, dia dan suami bagaimanapun tidak takut.
Katanya, individu terbabit dilihat cuba menimbulkan kontroversi dengan menyebarkan video berkenaan.
“Dia sudah cukup bernasib baik saya dan suami tidak membuat laporan, sebabnya dia yang melanggar kereta kami. Pada ketika itu suami saya sudah cuba berdiplomasi tetapi cara pemandu berkenaan memang tidak mahu bekerjasama malah seperti cuba melarikan diri.
“Membaca komen di laman sosial, ramai yang setuju dengan kami. Soalnya memang suami saya sudah bersabar ketika itu,” katanya yang kini berada di Singapura.
Sementara itu satu video perlanggaran itu menjadi tular di laman sosial baru-baru ini yang menyaksikan suami kepada pelakon itu ‘naik angin’ dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada seorang pengguna jalan raya di sempadan keluar Malaysia.
Sumber: UTUSAN ONLINE
Sumber Kereta dilanggar, Lana Nordin tak mahu buat laporan polis
0 Response to "Kereta dilanggar, Lana Nordin tak mahu buat laporan polis"
Post a Comment