Orang ramai yang berada di kawasan persiaran Park View, Jalan P Ramlee, di sini, semalam digemparkan dengan tindakan seorang lelaki dipercayai cuba membunuh diri dari tingkat 14 sebuah kondominium dalam keadaan bogel.
Gempar! Lelaki warga asing berbogel cuba terjun dari tingkat 14 kondo di Jalan P Ramlee
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, lelaki warga asing dipercayai mempunyai masalah mental itu
bertindak keluar dari tingkap unit berkenaan sebelum mundar-mandir di belebas tingkap.
Ketua Pengurusan Operasi dan Menyelamat Balai Bomba Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian berkenaan pada jam 3.08 petang.
Menurutnya, sebuah jentera bersama 12 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, anggota bomba cuba memujuk lelaki terbabit dan taktik itu berjaya apabila mangsa diselamatkan kira-kira 30 minit kemudiannya,” katanya.
Beliau berkata, mangsa dipercayai mempunyai masalah mental dan bomba sudah menyerahkan lelaki terbabit kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu rakaman video memaparkan lelaki terbabit mundar-mandir di belebas kondominium berkenaan tular di laman sosial.
Video berdurasi 34 saat itu dirakam oleh orang awam yang kebetulan berada berhampiran kawasan berkenaan.
Sumber: Metro
Sumber Gempar! Lelaki warga asing berbogel cuba terjun dari tingkat 14 kondo di Jalan P Ramlee
0 Response to "Gempar! Lelaki warga asing berbogel cuba terjun dari tingkat 14 kondo di Jalan P Ramlee"
Post a Comment