Dendam isteri dahaga, kemaluan suami dipotong kerana 10 tahun tak mahu berjimak

Seorang isteri di India memotong kemaluan suaminya selepas lelaki berkenaan enggan mengadakan seks dengannya selama lebih 10 tahun.

kemaluan suami dipotong

kemaluan suami dipotong

Rita Yadav, 28, menyerang suaminya, Ved Prakash, 31, di kediaman mereka di Ghaziabad, Uttar Pradesh, negeri di utara India, Khamis lalu.

Dia mendakwa suaminya enggan mengadakan seks sepanjang 10 tahun daripada 11 tahun perkahwinan mereka dan percaya Prakash mempunyai kekasih lain.

“Dia pernah berkata, dia bencikan saya. Kami bergaduh setiap hari. Dia berkata, dia benci melihat wajah saya dan mengancam menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Saya terdesak untuk mempunyai anak. Saya rayu supaya dia mengadakan seks dengan saya tetapi dia berkata, dia akan melakukannya dengan wanita lain. Saya sudah tidak dapat menahan perasaan lagi,” kata Rita.

Dia akhirnya bertindak untuk meluahkan rasa marahnya Khamis lalu apabila Prakash, pemandu teksi, pulang dari syif malam dan terus ke kamar mandi.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Dendam isteri dahaga, kemaluan suami dipotong kerana 10 tahun tak mahu berjimak

Related Posts :

0 Response to "Dendam isteri dahaga, kemaluan suami dipotong kerana 10 tahun tak mahu berjimak"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect