Tan Sri Annuar Musa menjelaskan antara sebab beliau menarik diri daripada pemilihan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi mengelakkan perbalahan besar berlaku dalam bola sepak Malaysia pada masa depan.
Akhirnya Tan Sri Annuar Musa dedah punca beliau tarik diri bertanding sebagai Presiden FAM
Beliau yang juga bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjelaskan ada tuduhan disebarkan sebelum pemilihan itu berlangsung kononnya beliau akan memenangi jawatan Presiden FAM kerana Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengarahkan perwakilan FAM memilih beliau.
Jelas Annuar, tuduhan itu bukan saja tidak benar malah boleh menjejaskan hubungan FAM dan Kementerian Belia dan Sukan pada masa depan sekiranya beliau memenangi jawatan itu.
“Tiada gunanya KALAU RUMAH SUDAH TAPI PAHAT MASIH BERBUNYI atau MANDAT PIHAK YANG MENANG DI PERTIKAI atau pihak yang tewas akhirnya diperlekehkan. Jika itu berlaku keharmonian dalam warga besar bola sepak Malaysia tidak terwujud..Itu bukan satu keadaan YANG LEBIH BAIK DARI KEADAAN SEDIA ADA. Malah kita seolah undur kebelakang “from bad to worse.”
“Justeru setelah berfikir dengan mendalam dan menimbang semua perkara, saya membuat ketetapan untuk memberi penghormatan kepada seorang lagi calon iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim supaya baginda diberi kemenangan tanpa bertanding,” jelasnya dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.
Anwar bagaimanapun menjelaskan, beliau sebenarnya pada 16 November tahun lalu ada menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Tunku Mahkota Johor mencadangkan baginda memegang jawatan FAM.
Katanya, beliau waktu itu berjanji untuk mengiktiarkan agar Tunku Mahkota Johor menang tanpa bertanding, justeru hari ini beliau telah menunaikan janji itu.
Menurut beliau, komitmen yang ditunjukkan Tunku Ismail boleh menjadi aset penting kepada FAM, malah sokongan serta perkenan Sultan Johor dalam hal itu adalah suatu penghormatan kepada bola sepak Malaysia.
“Tunku Mahkota Johor perlu diberi peluang yang seluas-luasnya untuk melakukan sesuatu buat bola sepak Malaysia dan mengotakan segala janji baginda,” katanya.
Annuar bagaimanapun mengingatkan semua pihak adalah penting FAM memiliki barisan Exco yang berwibawa serta mempunyai hubungan yang baik dengan semua pihak termasuk kerajaan.
“Saya akan menumpukan perhatian saya dalam membantu pasukan Kelantan terutama meningkatkan lagi program bola sepak akar umbi untuk melahirkan lebih ramai bakat dalam kalangan anak negeri.
“Selain itu tugas utama saya adalah untuk menyempurnakan amanah rakyat kawasan Parlimen Ketereh serta memikul amanah sebagai Ketua Penerangan UMNO dalam persiapan menghadapi PRU14,” katanya.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Akhirnya Tan Sri Annuar Musa dedah punca beliau tarik diri bertanding sebagai Presiden FAM
0 Response to "Akhirnya Tan Sri Annuar Musa dedah punca beliau tarik diri bertanding sebagai Presiden FAM"
Post a Comment