Kerajaan negeri Sabah mengharamkan bekas perogol bersiri rakyat Malaysia, S Selva Kumar, daripada memasuki negeri itu.
Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, lelaki berusia 56 tahun itu tidak diterima di Sabah kerana boleh mendatangkan ancaman kepada orang awam khususnya wanita dan kanak-kanak.
Sabah negeri pertama yang halang perogol bersiri, Selva Kumar masuk ke negeri itu
“Kami tidak boleh mengambil risiko membiarkan individu yang berpotensi mendatangkan bahaya bergerak bebas. Kami perlu melindungi rakyat,” kata Musa dalam kenyataan di sini, hari ini.
Bernama melaporkan Musa berkata, Imigresen Negeri sudah diarah menguatkuasakan larangan itu serta-merta.
Selva Kumar tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7. 30 pagi tadi dengan pesawat Qatar Air QR0488 dari Doha selepas pertukaran penerbangan dari Kanada.
Lelaki berasal dari Pulau Pinang itu dihantar pulang ke Malaysia berikutan diusir kerajaan Kanada selepas selesai menjalani hukuman penjara 24 tahun di Toronto, Kanada, pada 29 Januari lalu, kerana pelbagai jenayah seks, termasuk rogol dan peras ugut membabitkan hampir puluhan wanita.
Sejurus tiba, sepasukan pegawai Bahagian Jenayah Seksual (D11) Bukit Aman merekodkan keterangan lelaki itu.
Bagaimanapun, Selva Kumar yang mengelak daripada ditemui media, keluar menggunakan laluan Balai Ketibaan Domestik sedangkan lebih 20 petugas media menunggu di Balai Ketibaan Antarabangsa.
Sementara itu, Ketua Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat ketika dihubungi mengesahkan ketibaan Selva Kumar namun enggan mengulas lanjut mengenai lokasinya ketika ini.
Sumber: Metro
Sumber Sabah negeri pertama yang halang perogol bersiri, Selva Kumar masuk ke negeri itu
0 Response to "Sabah negeri pertama yang halang perogol bersiri, Selva Kumar masuk ke negeri itu"
Post a Comment