Pok Su rogol 2 anak saudara sendiri dipenjara 48 tahun dan 50 sebatan

KOTA BHARU – Modus operandinya, merakam gambar bogel dua anak saudara ketika mereka sedang mandi dan menukar pakaian, kemudiannya mengugut untuk menyebarkan gambar-gambar itu sekiranya enggan melayan nafsu serakahnya.

Penjara 48 tahun, 50 sebatan

Lima kali mengulangi perbuatan sama antara Ogos dan Oktober 2015, tertuduh akhirnya ditahan dan mengaku salah merogol kedua-dua mangsa yang ketika itu masing-masing berusia 15 dan 16 tahun.

Tertuduh pemandu jentera berat terbabit kemudian dihukum penjara 48 tahun dan dikenakan 50 sebatan oleh mahkamah sesyen, di sini, siang tadi.

Bapa kepada seorang anak berusia 43 tahun tersebut ditahan pada 14 Disember tahun sama selepas perbuatan itu terbongkar apabila mangsa yang berusia 15 tahun menceritakan kejadian dia dirogol tertuduh kepada seorang berikutan tidak tahan lagi diperlakukan sedemikian.

Kawan mangsa tersebut kemudiannya melalui Facebook memberitahu kejadian itu kepada ibu mangsa yang bekerja di Pulau Pinang.

Wanita itu yang terkejut seterunya bertanya kepada kedua-dua anaknya sebelum mereka mengaku dirogol bapa saudara yang dipanggil Pok Su, tetapi takut untuk memberitahu perkara itu berikutan diugut lelaki tersebut.

Tertuduh didakwa pada lima pertuduhan iaitu tiga kali merogol mangsa yang berusia 15 tahun pada satu tarikh masing-masing dalam bulan Ogos, September dan Oktober, manakala dua kali merogol kakak mangsa pada satu tarikh masing-masing dalam bulan Ogos dan September tahun sama.

Kesemua setiap kejadian itu berlaku antara jam 7 dan 8 pagi di sebuah rumah di alamat Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh.

Mangsa yang berusia 16 tahun menceritakan kejadian pertama dia dirogol ialah ketika nenek, datuk dan ibu saudara tiada di rumah kerana keluar bersarapan.

Tertuduh yang masuk ke bilik dua beradik itu memaksa mereka melakukan hubungan seks dan diugut untuk disebar gambar bogel mereka yang dirakam tertuduh, sekiranya mereka enggan menuruti arahan tertuduh.

Pendakwaan terhadap tertuduh dijalankan mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta minimum 10 sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaan Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh diwakili peguam, Mohd Firdaus Mohd Yusoff, sementara hukuman diputuskan Hakim, Nazri Ismail.

 

Sumber: Sinar Harian



Sumber Pok Su rogol 2 anak saudara sendiri dipenjara 48 tahun dan 50 sebatan

0 Response to "Pok Su rogol 2 anak saudara sendiri dipenjara 48 tahun dan 50 sebatan"

Post a Comment