Pengguna mengadu MRT lembab: “MRT bertujuan selesaikan masalah kesesakan jalan raya, bukannya mempercepatkan perjalanan” – Pengarah Urusan Prasarana

 

Projek Transit Aliran Massa (MRT) yang baru beroperasi bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas, bukan untuk mempercepatkan perjalanan, kata Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz.

Penjelasan itu dibuat susulan aduan bahawa kereta api itu bergerak perlahan.

Pengguna mengadu MRT lembab: "MRT bertujuan selesaikan masalah kesesakan jalan raya, bukannya mempercepatkan perjalanan" - Pengarah Urusan Prasarana

Pengguna mengadu MRT lembab: “MRT bertujuan selesaikan masalah kesesakan jalan raya, bukannya mempercepatkan perjalanan” – Pengarah Urusan Prasarana

Sebagai contoh, ia mengambil masa 40 minit untuk perjalanan 21 kilometer dari stesen Semantan ke Sungai Buloh.

“Kami kena berlaku adil. Kamu tidak boleh bandingkan dengan pemanduan waktu malam,” katanya.

Azmi sebelum ini membawa media meninjau perkhidmatan itu dari Pusat Bandar Damansara ke Sungai Buloh, yang melibatkan 11 daripada 12 stesen dalam fasa pertamanya.

Kerajaan melabur RM21bilion untuk projek itu bagi menggalakkan lebih ramai orang menggunakan perkhidmatan awam.

“Bila sangkut dalam kesesakan, kamu akan jadi tidak produktif,” katanya.

MRT akan beroperasi secara percuma sehingga 16 Januari depan.

Operasinya akan bermula dari jam 6 pagi hingga tengah malam pada hari bekerja dan sehingga 11 malam pada hari cuti.

Bas pengantara pula akan beroperasi dari jam 5.30 pagi hingga 11.30 malam setiap hari.

Sumber: Malaysiakini




Sumber Pengguna mengadu MRT lembab: “MRT bertujuan selesaikan masalah kesesakan jalan raya, bukannya mempercepatkan perjalanan” – Pengarah Urusan Prasarana

Related Posts :

0 Response to "Pengguna mengadu MRT lembab: “MRT bertujuan selesaikan masalah kesesakan jalan raya, bukannya mempercepatkan perjalanan” – Pengarah Urusan Prasarana"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect