Ibu bapa kanak-kanak yang terputus kemaluan ketika berkhatan dan gagal disambungkan mohon bantuan zakat

Ibu bapa kanak-kanak yang tidak berjaya disunatkan dengan betul di klinik di ibu negara memohon sumbangan zakat untuk mendapatkan rawatan susulan.

Dalam kes di Jalan Ipoh itu, kepala zakar kanak-kanak sembilan tahun itu dikatakan terpotong tanpa sengaja dan doktor pula dikatakan gagal menyambungnya semula dengan betul.

Ibu bapa kanak-kanak yang terputus kemaluan ketika berkhatan dan gagal disambungkan mohon bantuan zakat

Ibu bapa kanak-kanak yang terputus kemaluan ketika berkhatan dan gagal disambungkan mohon bantuan zakat

“Bila dia sedar tidak dapat bantu budak ini, dia rujuk kami kepada pakar dan tawarkan selesaikan rawatan perubatan kepada kami,” kata bapa budak itu yang tidak mahu namanya disebut.

Usaha di sebuah pusat perubatan lain juga tidak berhasil dan kanak-kanak itu dirujuk pula ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Bagaimanapun, sehari selepas pembedahan, alat kelamin kanak-kanak itu mula kehitaman. Pada 27 Disember, doktor HKL terpaksa memotong sepenuhnya.

Peguam keluarga itu P Uthayakumar berkata ibu bapa mahu HKL meminta bantuan kewangan daripada Pusat Pungutan Zakat dan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) supaya anak mereka boleh dirawat lanjut di luar negara.

Mereka juga sedang menunggu laporan perubatan HKL sebelum mempertimbangkan sebarang tindakan undang-undang.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi pengamal dan pusat-pusat perubatan berkaitan.

Sebelum ini, insiden hampir sama berlaku terhadap seorang vkanak-kanak 10 tahun. Bagaimanapun doktor HKL pada hari sama dapat menyambungnya semula.

Sumber: Malaysiakini



Sumber Ibu bapa kanak-kanak yang terputus kemaluan ketika berkhatan dan gagal disambungkan mohon bantuan zakat

Related Posts :

0 Response to "Ibu bapa kanak-kanak yang terputus kemaluan ketika berkhatan dan gagal disambungkan mohon bantuan zakat"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect