Merujuk kepada kenyataan Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa, dan kenyataan Pengerusi Biro Media Persatuan Doktor Islam Malaysia (PERDIM), Dr Norzaidi Zakaria, saya berpendapat ada ketidakseimbangan maklumat dalam kenyataan mereka.
Ini kerana, pendapat dan luahan rasa doktor pelatih juga harus diambil kira.
Meletakkan 100 peratus punca masalah ke atas doktor pelatih (HO) semata-mata adalah tidak tepat, malah akan memburukkan lagi keadaan.
HO ialah satu jawatan yang tidak wujud secara tiba-tiba atau ‘one man show’, ia wujud dalam suasana ‘support system’ seperti faktor keluarga, ibubapa, minat terhadap bidang kedoktoran, permintaan masyarakat terhadap pertambahan bilangan doktor, dan berbagai lagi faktor.
Gambar adalah hiasan saja
Justeru, analisis dan maklumat yang tepat dan menyeluruh diperlukan bagi menilai keseriusan masalah ini.
Saya bersetuju dengan pendapat KSN bahawa tekanan kerja antara faktor utama HO menjadi
stress dan seterusnya ‘menghilangkan diri’. Hal ini berkaitan dengan bagaimana HO diurus di
tempat kerja , atau sistem pengurusan HO.
Melihat kepada current day practice , kebanyakan HO diurus oleh Medical Officer (MO) dan Specialist yang diberi tugas tambahan untuk mengurus.
Keberkesanan sistem pula relatif kepada MO dan Specialist itu sendiri. Sekiranya MO/Specialist itu punyai latarbelakang pengurusan yg baik, empati, penyayang, dan bersifat seperti guru, jarang sekali kedengaran isu HO menghilangkan diri di tempat kerja.
MO dan Specialist seperti ini selalunya merendah diri, dan sedia mengajar, belajar dan diajar.
Tanpa menafikan HO juga bertanggungjawab atas diri sendiri untuk mempunyai ‘good attitude’,
saya berpendapat harus juga disedari bahawa sistem HO bermaksud dua tahun latihan, di mana HO ini harus dilayan seperti pelatih atau subjek, bukan objek.
Meminjam kata-kata Paolo Freire dari karyanya Pedagogy Of The Oppressed (Pedagogi Kaum Tertindas):
“Leaders who do not act dialogically, but insist on imposing their decisions, do not organize
the people– they manipulate them. They do not liberate, nor are they liberated: they
oppress.” – Paulo Freire, Pedagogy of the Oppressed
Isu HO ini sudah lama kedengaran, namun suara-suara tertindas ini tidak pernah ke arus perdana lantaran ‘culture of fear’ atau budaya takut yang membudaya didalam sistem pekerja
kesihatan di Malaysia.
HO ialah pangkat terbawah dalam hierarki kedoktoran, entry level, dan juga pioneer atau tunas. Jika baik HO sekarang, maka baiklah sistem kesihatan masa kini dan masa akan datang.
Jika baik HO sekarang, maka baiklah sistem kesihatan masa kini dan masa akan datang. Namun, HO ini seringkali dinafikan hak untuk didengari (the rights to be heard) , jika timbul sebarang isu. Di sinilah kegagalan current day practice yang meletakkan HO sebagai objek, bukan subjek.
Budaya dialog diantara orang bawah (HO) dan orang atas (MO / Specialist) jarang berlaku di dalam sistem pekerja kesihatan di Malaysia. Ironinya, bidang kedoktoran ialah satu bidang professional, namun sebahagian ahli perubatan itu sendiri langsung tidak professional, apabila timbul isu HO, orang atas ini sendiri gagal mengkategorikan masalah, lantas meletakkan ‘one solution fits ALL’.
Gambar adalah hiasan saja
Para HO ini selalu dihukum menggunakan jungle law atau unwritten law, atau verbal law, yang senang dimanipulasikan oleh orang atas, bergantung kepada mood mereka.
Ironi bukan ‘The greatest humanistic and historical task of the oppressed: to liberate themselves…’ – Paulo Freire
‘Culture of fear’ ini sangat membudaya dan subur, sehingga kilang HO menghasilkan pak turut atau ‘yes man’, seusai mereka bergelar MO di tempat baru.
Atas kesedaran inilah saya memberanikan diri menulis, moga usaha kecil ini mampu menjadi triggering factor kepada usaha yang lebih besar. Apapun, pendapat saya mungkin benar, dan pendapat pembaca mungkin salah, atau sebaliknya.
Keluhan dari para HO juga kebanyakannya menunjukkan, isu yang selalu timbul ialah bersifat pengurusan, bukannya klinikal.
Jika dilihat punca ‘kehilangan HO’ adalah seperti jadual kerja yang teruk, sifat rasis dikalangan supervisor, sifat memilih bulu, adalah isu berkaitan pengurusan.
Dalam hal ini, saya mencadangkan supaya KKM menjalankan ‘public survey’ di kalangan HO, selain daripada input-input dari pelbagai pemegang taruh atau ‘stakeholeder’ dan dapatan info dan kajian ini boleh digunakan sebagai maklumat untuk mereformasi sistem pengurusan HO yang lebih baik.
Hari ini keluar berita didalam radio bahawa, antara usaha yang digerakkan oleh kerajaan bagi menangani isu ini ialah menghantar para HO yang bermasalah ini ke sesi kaunseling.
Pendapat saya pula, semua pihak perlu direform. HO perlu mempunyai ‘good attitude’, ‘basic knowledge skill’ dan ‘extra effort’, manakala orang atas (MO/Specialist) perlu lebih bersikap rahmah, bukan marah-marah, bukan 100 peratus ilmu akan dipindahkan kepada HO dengan marah-marah, kerana yang melekat hanyalah emosi.
Jika ingin mengimplemen ‘jungle law’ sekalipun, pastikan ‘jungle law’ itu ditulis, supaya ia bebas dari dimanipulasikan.
Kata orang, kadang-kadang orang atas juga harus disekolahkan.
Saya juga memuji usaha sebahagian pihak yang cuba menangani masalah ini seperti Biro Kesihatan ABIM (BKA) yang menjalankan PreHO Course, MediCorp , yang juga menjalankan PreHO Course, selain badan bukan kerajaan yang mengumpulkan para HO dan memantau mereka secara berkasih sayang.
Saya juga seorang HO yang masih bertugas, dan saya percaya ramai orang atas (MO/Specialist) yang penyayang, sabar melayan kerenah HO yang lahir dari generasi Y ini, yang antara karakternya ialah ‘family oriented’, ‘teamwork oriented’, dan ‘anti-establishment’.
Sumber: Malaysiakini
Sumber Doktor pelatih adalah golongan yang paling tertindas
0 Response to "Doktor pelatih adalah golongan yang paling tertindas"
Post a Comment