Baru-baru ini, laman sosial digemparkan dengan sebuah video memaparkan penampilan Ben Nathan, 54, yang tidak terurus hidup bagai gelandangan di kaki lima sekitar ibu negara, sekali gus meraih simpati orang ramai.
Menurut BH Online, bekas penyanyi era 80-an yang terkenal dengan lagu Stanza Sepi Sekeping Hati itu bagaimanapun berjaya dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi menjalani rawatan mental pada Rabu lalu.
Susulan rawatan pakar perubatan, laporan tidak menunjukkan gaya hidupnya bergelandangan sejak 20 tahun lalu tiada bersangkut paut dengan pengambilan dadah.
P Vasanthi, 43, adik kepada bekas penyanyi itu berkata keluarga mereka lega dengan berita itu, dalam masa sama menepis fikiran negatif segelintir pihak.
"Sudah lama gangguan emosi berlaku terhadap Ben, malah dulu kami kerap membawanya berubat hingga ke Thailand. Sama ada perubatan tradisional, mahu pun merujukkan dirinya ke HKL, semuanya kami sudah usahakan suatu masa lalu.
Keluarga Ben bagaimanapun tidak menyalahkan mereka yang berfikiran sedemikian kerana mereka tidak tahu situasi sebenar.
Menurut BH Online, buat masa ini Ben ditempatkan di Wad Psikiatrik HKL bagi pemantauan selain menunggu hasil laporan sebelum JKM memutuskan status hak penjagaannya sama ada diserah kepada jabatan terbabit atau pihak keluarga.
Diharap orang ramai berhenti berfikiran negatif dan mendoakan Ben diberi kesempatan untuk kembali pulih.
Related Posts :
[Video] Belasah orang awam letak kereta depan rumah, Raja Salman arah tangkap Putera SaudRAJA Arab Saudi, Raja Salman hari ini, mengarahkan seorang kerabat diraja negara itu ditahan selepas muncul rakaman video menunjukkan putera… Read More...
Bapaku si pilot curang: Gadis ini malu nak mengaku ada bapa macam ni, rumah tangga ibunya berusia 28 tahun musnah kerana janda yang sebaya dengannyaIsteri mana yang tak sedih apabila ikatan perkahwinan dibina selama 28 tahun hancur disebabkan si suami curang dengan perempuan lain di temp… Read More...
Tak sangka dapat RM14,000 dari wang tak dituntut, wanita ini tunjukkan cara untuk cek ada tak duit korang yang tak dituntut
Tak sangka dapat RM14,000 dari wang tak dituntut, wanita ini tunjukkan cara untuk cek ada tak duit korang yang tak dituntut
Sebelum ini pe… Read More...
Chester Bennington, Penyanyi Lagenda Linkin Park Disahkan Maut Akibat Bunuh DiriPenyanyi lagenda Band Linkin Park, Chester Bennington disahkan mati akibat bunuh diri. Mayatnya hanya ditemui pada 9 pagi pada hari khamis, … Read More...
“Parkir apa macam ni?” – Netizen selar pemajuNETIZEN di laman sosial kesal dengan sikap pemaju kedai dua tingkat di pekan Senggarang Batu Pahat Johor apabila didakwa bersikap tidak acuh… Read More...
0 Response to "Ben Nathan Tunggu Keputusan Status Hak Penjagaan"
Post a Comment