Akhirnya PAS dan BERSATU capai kata sepakat bekerjasama hadapi PRU14

Pertemuan pemimpin PAS dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyaksikan kedua-dua pihak mencapai persefahaman dalam menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Menurut kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Timbalan Presiden PPBM, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada petang Rabu, sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM dibentuk untuk mengambil tindakan susulan terhadap sebarang keputusan yang dipersetujui kedua-dua parti.

“Mesyuarat hari ini telah memperhalusi draf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU-14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.

“Rangka kerjasama antara PAS dan PPBM akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani presiden kedua-dua parti pada tarikh terdekat,” menurut kenyataan itu.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama antara PAS dan PPBM berlangsung di sebuah lokasi rahsia di Kuala Lumpur pada Rabu, membabitkan delegasi kedua-dua parti yang diketuai Tuan Ibrahim dan Mukhriz.

Sebelum ini, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas menolak kerjasama dengan DAP pada pilihan raya umum akan datang, tetapi masih terbuka terhadap sebarang kemungkinan dengan PPBM.

Terdahulu, PPBM dalam kenyataan berkata memberitahu, parti itu tetap bertemu PAS walaupun akar umbi parti marah susulan penghinaan PAS terhadap Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sumber: Mstar



Sumber Akhirnya PAS dan BERSATU capai kata sepakat bekerjasama hadapi PRU14

Related Posts :

0 Response to "Akhirnya PAS dan BERSATU capai kata sepakat bekerjasama hadapi PRU14"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect