Terlalu kaya dan memiliki banyak kereta membuatkan bintang terkenal Justin Bieber lupa di mana dia meletak kereta Ferrari 458 Italia bernilai AS$270,000 (RM1.2 juta) sebelum ditemui tiga minggu kemudian.
Terlalu kaya punya pasal, Justin Bieber lupa kat mana letak kereta Ferrari 458 Italia berharga RM1.2 juta, 3 minggu kemudian baru jumpa
Penyanyi yang memiliki aset bernilai kira-kira AS$200 juta (hampir RM900 juta) berkunjung ke sebuah hotel di sini, dua bulan lalu, untuk bersuka ria namun kemudian lupa di mana dia meninggalkan kereta berkenaan.
Pembantunya mengambil masa tiga minggu untuk mengesan kereta berkenaan sebelum mendapati ia berada di tempat letak kereta khas Hotel Montage di sini, tempat Bieber meninggalkannya kepada penjaga letak kereta.
Namun, Bieber kini tidak lagi memandu kereta itu kerana ia kini untuk dilelong di majlis Scottsdale, Arizona, esok. Daily Star yang melaporkannya tidak menyatakan kenapa kereta berkenaan akan dijual.
Ferrari biru 4.5-liter V8 itu diubah suai West Coast Custom yang terkenal mencantikkan kereta mewah, mungkin Bieber tidak peduli kerana dia juga memiliki banyak kereta lain, termasuk Ferrari LaFerrari berharga RM5.46 juta, dua Lamborghini, kereta elektrik Fisker Karma, Porsche Turbo dan Audi R8.
Ferrari 458 Italia baru berharga RM1.2 juta pada 2011 dan harganya sebagai kereta terpakai sekarang, sekitar AS$180,000 (RM800,000) di Amerika atau £160,000 (RM874,000) di Britain namun Ferrari milik Bieber itu sudah diubah suai dengan ciri tambahan.
Sumber: Metro
Sumber Terlalu kaya punya pasal, Justin Bieber lupa kat mana letak kereta Ferrari 458 Italia berharga RM1.2 juta, 3 minggu kemudian baru jumpa
0 Response to "Terlalu kaya punya pasal, Justin Bieber lupa kat mana letak kereta Ferrari 458 Italia berharga RM1.2 juta, 3 minggu kemudian baru jumpa"
Post a Comment