Sayed Ibrahim Mohamad Nordin nekad tinggalkan dunia, korbankan kedai runcit tinggal di madrasah demi agama

“Sejak setahun lalu, saya nekad meninggalkan dunia yang penuh kesenangan dan mengambil keputusan menghuni madrasah bagi mendalami ilmu keagamaan,” kata Sayed Ibrahim Mohamad Nordin, 50, ketika ditemui di Madrasah Addiniah Azzakiah di Kampung Lubuk Periuk, di sini, baru-baru ini.

Sayed Ibrahim Mohamad Nordin nekad tinggalkan dunia, korbankan kedai runcit tinggal di madrasah demi agama

Sayed Ibrahim Mohamad Nordin nekad tinggalkan dunia, korbankan kedai runcit tinggal di madrasah demi agama

Menurutnya, hasratnya tidak dihalang isteri, Rohana Abdul Ghani, 50, yang menyambut baik niat yang ingin dilakukannya dan demi jihad ke jalan Allah.

Katanya, dia sanggup mengorbankan kedai runcit apabila menutup operasinya sejak setahun lalu selepas mengambil keputusan tinggal di madrasah berkenaan.

“Sejak setahun lalu, saya menghabiskan masa enam hari di madrasah dan pulang ke rumah pada Jumaat bagi bertemu dengan isteri yang tinggal di Kampung Machang.

“Saya nekad menutup kedai runcit diusahakan sejak 30 tahun lalu di Kampung Machang walaupun ia mampu menjual barangan bernilai RM2,000 hingga RM3,000 sehari,” katanya.

Sumber: Metro



Sumber Sayed Ibrahim Mohamad Nordin nekad tinggalkan dunia, korbankan kedai runcit tinggal di madrasah demi agama

Related Posts :

0 Response to "Sayed Ibrahim Mohamad Nordin nekad tinggalkan dunia, korbankan kedai runcit tinggal di madrasah demi agama"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect