KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Ketua Menteri baharu Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan dapat meneruskan legasi Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.
Perdana menteri berkata ia termasuk membawa Sarawak terus maju dan kekal makmur.
"Tahniah atas pelantikan dan selamat bertugas sebagai ketua menteri Sarawak," kata Najib dalam catatan di Facebook dan Twitter.
Abang Johari, 66, mengangkat sumpah jawatan sebagai ketua menteri Sarawak keenam di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud di Astana, kediaman rasmi ketua negeri di Kuching petang ini.
Beliau menggantikan Adenan yang meninggal dunia Rabu lepas kerana komplikasi jantung di Pusat Jantung Sarawak, Hospital Umum Kota Samarahan.
Abang Johari merupakan seorang daripada tiga timbalan ketua menteri di bawah pentadbiran Allahyarham Adenan, selain Datuk Amar Douglas Uggah dan Tan Sri Dr James Masing.
-- BERNAMA
Sumber
PM Najib yakin Abang Johari dapat teruskan legasi Adenan
Related Posts :
Dipenjara 18 bulan, Rafizi Ramli kekal sebagai Ahli Parlimen PandanSuruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan jawatan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, tidak terjejas berikutan keputusan Mahkamah Sesyen Ku… Read More...
Teh tarik tak ada kena-mengena pun naik harga – CuepacsTeh tarik tak ada kena-mengena pun naik harga – Cuepacs | Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaa… Read More...
“Watak Warda dijadikan idola setiap wanita, penonton pandang tinggi pada watak itu” – Neelofa“Watak Warda dijadikan idola setiap wanita, penonton pandang tinggi pada watak itu” – Neelofa | Pelakon dan pengacara Neelofa, 27, tid… Read More...
14 lelaki didakwa merusuh, culik dan bunuh remaja lelaki yang enggan mengahwini anak salah seorang suspek14 lelaki didakwa merusuh, culik dan bunuh remaja lelaki yang enggan mengahwini anak salah seorang suspek | Seramai 14 lelaki dihadapkan ke … Read More...
Lagu Ku Rela Dibenci cipta fenomena, lebih 21 juta tontonan di YouTubeJika sudah namanya rezeki, memang tiada siapa yang mampu menghalangnya lagi. Begitulah perumpamaan terbaik untuk lagu Ku Rela Dibenci n… Read More...
0 Response to "PM Najib yakin Abang Johari dapat teruskan legasi Adenan"
Post a Comment