Jawatankuasa Fatwa Perlis dipuji selepas membenarkan isteri meninggalkan rumah tanpa izin suami dalam keadaan terdesak, termasuk tidak diberi nafkah.
Badan bukan kerajaan dan mufti menyokong fatwa tersebut namun tidak menyatakan sama ada keputusan itu wajar diikuti negeri lain.
“Saya amat menyokong fatwa ini kerana wanita bukan harta lelaki, mereka tidak harus dilayan seperti harta benda, mereka ada akal, jiwa dan badan sendiri, mereka tidak harus dilayan macam hamba,” kata pengasas Islamic Rennaissance Front (IRF) Ahmad Farouk Musa kepada Malay Mail Online.
Presiden Ikram Mohd Parid Sheikh Ahmad berkata fatwa tersebut, yang dikeluarkan Disember lalu, boleh menjadi pencetus kesedaran wanita Islam akan hak-hak mereka.
Mufti Kedah Datuk Syeikh Ahmad Muhamad Baderudin Ahmad juga memberi sokongan, dengan berkata memang wajib bagi setiap orang Islam bagi melindungi diri daripada mudarat.
Jawatankuasa yang bersidang pada 20 Disember memutuskan isteri boleh meninggalkan rumah jika tiada penyelesaian terhadap masalah berat yang dihadapi.
“Sekiranya isteri pada anggapan yang kuat merasakan agama, diri, kehormatan, keluarga atau hartanya berada dalam keadaan bahaya yang diiktiraf oleh syarak.
“Tidak mempunyai jalan keluar dan tidak mampu untuk ditanggung jika terus berada di rumah suami, maka isteri diharuskan keluar sekalipun tanpa keizinan suami.
“Begitu juga jika suami gagal menunaikan tanggungjawab menyediakan tempat tinggal yang selamat dan sesuai atau nafkah yang mencukupi.
“Maka isteri boleh keluar rumah rumah tanpa mendapat izin suami dan tidak dikira nusyuz sehingga suami dapat menunaikan tanggungjawabnya,” menurut jawatankuasa itu.
Sumber: Projek MMO
Sumber NGO Islam, mufti sokong fatwa isteri keluar rumah tanpa izin suami
0 Response to "NGO Islam, mufti sokong fatwa isteri keluar rumah tanpa izin suami"
Post a Comment