PIHAK polis Slovakia terkejut dan tidak percaya melihat sebuah van kecil yang dipenuhi dengan biri-biri di dalam kabin van itu selepas menahan kenderaan tersebut.
Kesiannya…72 ekor biri-biri dipaksa sesak berhimpit dalam van mini
Van dari jenis Seat Inca berwarna merah itu dikesan setelah pemandunya cuba untuk merentasi perjalanan sejauh 150 batu (241km) dari sebuah ladang yang terletak di puncak bukit Liptovsky Mikulas ke bandar Komarno yang terletak di selatan Slovakia.
Van bersaiz kereta itu telah diubah suai membentuk dua lapisan rak di dalamnya bagi membolehkan pemandunya memuatkan dua kali ganda bilangan biri-biri daripada saiz muatan asal kenderaan tersebut.
Anggota-anggota polis itu tidak percaya dengan bilangan biri-biri yang terdapat di dalam van tersebut setelah menghitungnya seekor demi seekor dan mendapati terdapat 72 ekor kesemuanya yang disumbat ke dalam ruangan yang sempit itu.
Kesemua biri-biri itu berada dalam keadaan terhimpit antara satu sama lain namun semuanya didapati dalam keadaan bernyawa walaupun mungkin berdepan masalah kekurangan oksigen.
Difahamkan van berkenaan telah ‘mengembara’ separuh daripada laluannya dan berkemungkinan ada dalam kalangan biri-biri tersebut yang akan mati sebelum sampai di destinasi mereka yang terletak di sempadan Hungary.
Terezia Palerova, ketua Pentadbiran Veterinar dan Makanan di bandar Ziar nad Hronom, memberitahu media tempatan; “Ini menyalahi undang-undang dan juga kewarasan.”
Jelasnya lagi, tindakan seumpama itu diklasifikasikan sebagai penyeksaan terhadap haiwan.
Selain itu, pihak pentadbiran itu juga mendakwa bahawa petani itu telah melanggar beberapa undang-undang berkaitan keselamatan dalam pemindahan atau mengangkut haiwan.
Malah mereka juga dikatakan telah menghilangkan beberapa dokumen serta tiada individu yang terlatih turut serta dalam proses pemindahan haiwan tersebut.
Kes tersebut telah dirujuk kepada polis oleh pihak Pentadbiran Veterinar dan Makanan dan berkemungkinan petani tersebut bakal berdepan dengan denda yang berat.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Kesiannya…72 ekor biri-biri dipaksa sesak berhimpit dalam van mini
0 Response to "Kesiannya…72 ekor biri-biri dipaksa sesak berhimpit dalam van mini"
Post a Comment