Polis meminta kumpulan yang melakukan aksi berbahaya dengan memanjat papan tanda gergasi IPOH tampil untuk membantu siasatan.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, pihaknya telah menerima laporan polis yang dibuat oleh pegawai Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) awal pagi, tadi.
Menurutnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 336 Kanun keseksaan iaitu kesalahan bagi perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan diri orang lain.
Baca artikel sebelum: Panjat mercu tanda IPOH sambil buat aksi bahaya, MBI nafi beri kebenaran
“Kita akan mulakan siasatan dan orang ramai yang mempunyai maklumat atau individu itu sendiri diminta tampil untuk membantu siasatan,” katanya yang mengulas mengenai tindakan seorang wanita berusia 23 tahun bersama rakan-rakan dan adiknya yang bergambar serta mengambil video setelah berjaya memanjat papan tanda tersebut.
Semalam, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man menjelaskan pihaknya tidak pernah memberi kebenaran kepada mana-mana pihak memanjat papan tanda tersebut kerana ia berbahaya dan berisiko tinggi.
Struktur papan tanda itu turut melibatkan keselamatan pengguna jalan raya iaitu Jalan Kuala Kangsar yang sangat sibuk.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Kes panjat mercu tanda gergasi IPOH, polis mulakan siasatan"
Post a Comment