Polis telah menyerahkan kertas siasatan berhubung kes aksi memanjat papan tanda IPOH di Jalan Kuala Kangsar oleh sekumpulan lapan individu, di sini kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan lanjut.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Abdul Rani Alias berkata, kertas siasatan berkenaan dibuka mengikut Seksyen 336 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan bagi perbuatan yang membahayakan diri sendiri atau orang lain.
Kertas siasatan dibuka, remaja panjat papan tanda IPOH bakal dipenjara 3 bulan
“Siasatan oleh polis telah pun selesai, kertas siasatan juga telah diserah kepada DPP, jadi kita tunggu tindakan dan arahan selanjutnya daripada Pegawai Pendakwa Negeri (PPN) untuk kes ini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) kepada 123 pegawai dan anggota polis sempena Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh di Balai Polis Pasir Puteh, hari ini.
Susulan laporan polis dibuat Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), lapan individu terbabit iaitu lima lelaki dan tiga wanita berusia 20 hingga 24 tahun tampil memberikan keterangan pada 2 Januari lalu.
Di bawah seksyen itu memperuntukkan penjara tidak lebih tiga bulan atau denda RM500 atau kedua-duanya.
Sumber: Sinar
Sumber Kertas siasatan dibuka, remaja panjat papan tanda IPOH bakal dipenjara 3 bulan
0 Response to "Kertas siasatan dibuka, remaja panjat papan tanda IPOH bakal dipenjara 3 bulan"
Post a Comment