Selepas viral insiden seorang pemandu lori dibelasah teruk sekumpulan lelaki dipercayai pengawal peribadi individu bergelar Datuk, kira-kira 200 drebar lori berhimpun sebagai tanda solidariti.
Himpunan dekat plaza Tol Sungai Besi 10 pagi turut dihadiri beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semalam bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang cabaran tugas pemandu lori.
“Kami rasa terkilan apabila melihat rakaman video berkenaan dan terasa maruah kami sebagai pemandu lori dipijak-pijak,” kata wakil peserta Hairi Md Ali seperti dilapor Harian Metro.
“Dari sekecil-kecil barang yang besar kami hantar. Siapa yang akan hantar barang anda semua ini jika tiada pemandu lori.
“Cuit kaki kanan, kaki kiri terasa. Sebagai pemandu lori segala keperitan dialami mangsa amat kami rasai,” katanya.
Hairi berkata mereka sepakat menawarkan bantuan kepada Nasrul termasuk khidmat guaman dan kos rawatan jika perlu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang 14 Januari lalu di kondominium Puncak Anthenaneum Bukit Antarabangsa, mangsa Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, dipukul kerana terlanggar kenderaan milik Datuk terbabit.
Kejadian itu menimbulkan kemarahan pengguna media sosial selepas beberapa rakaman gambar dan video Nasrul ditendang dan disepak lima lelaki tersebar di internet.
Nasrul ketika ditemui turut serta dalam himpunan itu mengakui masih trauma dengan kejadian itu.
“Saya masih lagi trauma dengan kejadian itu. Namun dengan semangat yang diberikan kepada saya, sedikit sebanyak menjadikan saya lebih tenang,” katanya.
Sehingga kini polis sudah menahan lima individu berusia 20 hingga 40-an termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan.
Sumber Drebar Lori Berhimpun Bela Rakan Dibelasah ‘Bodyguard’ VIP (VIDEO)
0 Response to "Drebar Lori Berhimpun Bela Rakan Dibelasah ‘Bodyguard’ VIP (VIDEO)"
Post a Comment