TIDAK mahu dikatakan tidak subur atau lemah, lelaki mungkin berdiam jika berhadapan masalah tersebut. Bukan mudah untuk berkongsi cerita dalam sesetengah perkara berbau peribadi sekalipun dengan orang yang dirasakan boleh dipercayai.
Lebih-lebih lagi rahsia itu melibatkan kesihatan seks iaitu mati pucuk atau Erectile Disfunction (ED). Langkah berdiam diri mungkin dirasakan pilihan terbaik daripada berterus terang yang dirasakan hanya akan membuka pekung di dada. Akhirnya, masalah yang membelenggu diri itu terus berlarutan tanpa noktah hanya kerana mahu menjaga ego.
Didedahkan! 7 mitos mati pucuk yang lelaki kena tahu
Mati pucuk merupakan masalah lelaki dan merupakan istilah yang tidak selesa buat golongan tersebut. Ramai beranggapan mereka yang mengalami masalah itu tidak berkemampuan dari segi seksual. Kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai masalah ini disebabkan gaya hidup yang tidak sihat. Misalnya, mereka tidak bersenam, obesiti dan mempunyai penyakit kronik seperti sakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Antara faktor utama ialah gaya hidup tidak sihat menyebabkan kolestrol, tekanan darah serta gula dalam badan meningkat. Masalah lemah tenaga batin biasanya berlaku akibat gangguan vaskular yang menjejaskan bekalan darah ke zakar. Perjalanan darah boleh terganggu akibat pengerasan arteri (arteriosclerosis), diabetes, tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol dalam darah yang luar biasa tingginya.
Faktor gaya hidup juga penting. Merokok misalnya boleh menyempitkan aliran darah ke zakar dan memburukkan keadaan vaskular seperti tekanan darah tinggi. Minum minuman beralkohol secara berlebihan serta penyalahgunaan dadah boleh memburukkan lagi masalah tersebut.
Sejak pengenalan ubat mati pucuk oral seperti viagra, mati pucuk bukan masalah besar lagi kepada kebanyakan lelaki. Walaupun dahulu mati pucuk adalah satu perkara yang sangat pantang, lelaki kini lebih bersedia untuk bercakap dengan doktor tentang “masalah di dalam bilik tidur.”
Walau bagaimanapun, sebagai doktor yang berurusan dengan rawatan masalah mati pucuk dan isu-isu kesihatan seksual, saya tahu bahawa banyak mitos dan salah faham tentang mati pucuk, dan masalah ketegangan berterusan.
Sumber: Utusan
Sumber Didedahkan! 7 mitos mati pucuk yang lelaki kena tahu
0 Response to "Didedahkan! 7 mitos mati pucuk yang lelaki kena tahu"
Post a Comment