Dicekup khalwat, lelaki beri alasan nak teman kekasih yang sedang senggugut

Macam-macam alasan muncul apabila dicekup berkhalwat di sebuah hotel dekat sini awal pagi ini. Ada lelaki yang memberi alasan menemani wanita yang senggugut.

Dicekup khalwat, lelaki beri alasan nak teman kekasih yang sedang senggugut

Dicekup khalwat, lelaki beri alasan nak teman kekasih yang sedang senggugut

“Hasil pemeriksaan terdapat seorang wanita berstatus isteri orang turut ditahan apabila berada di dalam bilik bersama seorang lelaki bukan mahram,” kata pegawai Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) Noraminuddin Azis seperti dilapor Harian Metro.

“Apabila ditanya, pelbagai alasan diberikan antaranya mereka hanya berehat seketika, malah ada juga mendakwa dia menemani pasangan yang mengalami senggugut.”

Operasi di lima hotel bajet di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah antara 11 malam hingga 3 pagi tadi berjaya menahan tujuh pasangan yang “bersekedudukan tanpa ikatan sah.”

Pasangan yang berusia 23 hingga 53 tahun itu dibawa ke pejabat Jaim untuk siasatan menurut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka.

Sumber: Malay Mail



Sumber Dicekup khalwat, lelaki beri alasan nak teman kekasih yang sedang senggugut

Related Posts :

0 Response to "Dicekup khalwat, lelaki beri alasan nak teman kekasih yang sedang senggugut"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect