Curi ubat selepas dibuang kerja, bapa kena penjara dan denda

Seorang bapa empat anak dipenjara sehari dan denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah mencuri pelbagai keperluan asas, dua hari lepas.

Peguam Azi Azlin Zulkifli, yang mewakili tertuduh, merayu hukuman ringan dengan alasan tertuduh baru kehilangan pekerjaan dan perlu menanggung empat orang anak.— Foto ehsan Mahkamah Kuala Lumpur

Majistret Mahyudin Mohmad Som menjatuhkan hukuman itu ke atas Mohd Zaki Mat Nawi, 34, selepas dia mengaku melakukan perbuatan tersebut di Pasaraya Tesco, Taman Midah, Cheras, di sini, pada 9.44 malam, Rabu lepas.

Mahkamah memerintahkan tertuduh, yang tidak bekerja itu, dipenjara dari tarikh tangkap pada Rabu lepas dan menjalani hukumam penjara sebulan, jika gagal membayar denda tersebut.

Tertuduh mengaku mencuri pelbagai jenis barangan termasuk dua keping plaster meredakan demam, Koolfever, dua botol ubat batuk, dua botol losyen dan lain-lain barang kesemuanya bernilai RM332.14.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380/511 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun enam bulan dan juga dikenakan denda atau kedua-duanya.

Terdahulu, peguam Azi Azlin Zulkifli, yang mewakili tertuduh, merayu hukuman ringan dengan alasan tertuduh baru kehilangan pekerjaan dan perlu menanggung empat orang anak.

“Jika dilihat barang-barang kes yang dirampas adalah untuk anak-anaknya kerana dia tidak mampu menghantar anaknya ke klinik… barang tersebut adalah keperluan asas,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Nur Farah Adilah Noordin memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran. — Bernama

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Curi ubat selepas dibuang kerja, bapa kena penjara dan denda

Related Posts :

0 Response to "Curi ubat selepas dibuang kerja, bapa kena penjara dan denda"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect