Cerita sebenar pemandu lori dibelasah lima lelaki


AMPANG - Susulan kejadian seorang pemandu lori dibelasah lima lelaki dipercayai pengawal peribadi kepada individu bergelar datuk 14 Januari lalu di Bukit Antarabangsa, polis kini sedang giat mengenal pasti kesemua suspek. 

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Superintendan Mohd Zaid Hassan berkata kepada Harian Metro, pihaknya dimaklumkan mengenai pergaduhan tersebut yang berpunca dari insiden perlanggaran membabitkan dua kenderaan. 

"Walaupun kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan masalah itu sesama mereka, tetapi pihak polis akan membuka kertas siasatan berdasarkan laporan yang dibuat oleh pengawal keselamatan pangsapuri tersebut. 

"Siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh," katanya yang juga memaklumkan pihaknya belum membuat sebarang tangkapan berhubung kejadian itu. 

Polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang terdapat di kawasan kejadian bagi mengenal pasti suspek yang terlibat.  

Berdasarkan keterangan dari pengawal keselamatan warga Nepal, Adhikari Dilli Ram, 28, berkata, mangsa, Nasrul Faiz Zulfahmi, 25, yang memandu lori berwarna merah datang menghantar roti dan air jus di mini market kondominium tersebut. 


Sumber Cerita sebenar pemandu lori dibelasah lima lelaki

Related Posts :

0 Response to "Cerita sebenar pemandu lori dibelasah lima lelaki"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect