Bahaya terjun ‘Temerloh’, budak terdedah kejutan elektrik

Selepas mercu tanda “Ipoh”, “Temerloh” pula menjadi sasaran remaja dengan terjun daripada papan tanda yang terletak di Sungai Pahang itu.

Aksi selama tujuh saat itu menunjukkan remaja berkenaan terjun ke arus sungai yang melimpah hingga ke kawasan tebing ketika banjir.

Pegawai Daerah Temerloh Datuk Mohd Fadzli Mohd Kenali berkata kawasan itu dilarang masuk kerana merbahaya kepada orang awam.

“Air Sungai Pahang yang melimpah dan mengalir deras boleh mengundang bahaya kepada nyawa.

“Papan tanda itu bukan dibina untuk dipanjat kerana ia berbahaya.

“Terdapat sambungan wayar elektrik dan sudah tentu ia tidak selamat,” katanya seperti dilaporkan Kosmo!

 

Sumber: Projek MMO



Sumber Bahaya terjun ‘Temerloh’, budak terdedah kejutan elektrik

Related Posts :

0 Response to "Bahaya terjun ‘Temerloh’, budak terdedah kejutan elektrik"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect