Seorang wanita dilaporkan dipancung oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Afghanistan selepas memasuki bandar tanpa ditemani suaminya.
Perbuatan ngeri itu berlaku di kampung terpencil di Latti, wilayah Sar-e-Pul yang berada di bawah kawalan Taliban.
Wanita dipancung gara-gara keluar bersendirian untuk membeli-belah
Jurucakap Gabenor wilayah, Zabiullah Amani memberitahu Nation, wanita berusia 30 tahun itu menjadi sasaran kerana dia keluar bersendirian tanpa suaminya yang kini berada di Iran.
Middle East Press melaporkan wanita itu pergi ke pasar untuk membeli belah.
Di bawah peraturan Taliban, wanita dilarang meninggalkan rumah kecuali disertai saudara lelaki terdekat.
Mereka juga dilarang untuk bekerja atau belajar dan perlu memakai burka.
Bagaimanapun Taliban menolak penglibatan dalam kejadian terbaharu ini.
Awal bulan ini lima pengawal Afghan wanita yang bekerja di lapangan terbang di selatan Kandahar telah dibunuh oleh lelaki bersenjata yang tidak diketahui ketika mereka sedang dalam perjalanan ke tempat kerja.
Sumber: Sinar
lagi info di :
MALAYSIA TRENDING NOW
Related Posts :
Warga emas temui jodoh dengan lelaki ke-11 yang meminangnya, selepas menolak 10 lelaki sebelum itu, Wow!Selepas menolak sepuluh lamaran sebelum ini, Salbiah Solei, 71, akhirnya menerima peminangan individu ke-11 iaitu seorang peneroka Felda ber… Read More...
China haramkan pelajar koyak buku teks dan menjerit di lorong bagi legakan tekanan peperiksaan, bertabahlah pelajar di sana!Sebuah bandar di China mengharamkan pelajar sekolah tinggi mengoyakkan buku teks atau menjerit di lorong bagi melegakan tekanan peperiksaan,… Read More...
“Bolehkah semua VVIP jadi seperti beliau?” – Bung Mokhtar puji melambung Presiden Rusia Vladimir Putin yang isi minyak sendiriAhli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin berkata semua pemimpin di negara ini perlu mencontohi Presiden Rusia Vladimir Putin dalam… Read More...
Guru besar paksa pelajar minum air ajaib untuk cemerlang dalam peperiksaan, hasil siasatan mendapati kandungan air itu yang mengejutkan…‘Air ajaib’ yang didakwa dipromosikan oleh seorang guru besar di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pandamaran A di Klang, hanyalah air mi… Read More...
Ridhuan Tee keluar parti kerana tolak hudud, MCA tak terkejut, “Itu haknya, kami bukan parti politik melampau”MCA tidak terkejut dengan tindakan penceramah bebas Ridhuan Tee Abdullah keluar parti “jika beliau tidak bersetuju dengan kedudukan parti un… Read More...
0 Response to "Wanita dipancung gara-gara keluar bersendirian untuk membeli-belah"
Post a Comment