Taktik seorang warga emas untuk mengelakkan dirinya dimarahi isteri setelah wang RM500 miliknya habis dengan membuat laporan polis mendakwa disamun memakan diri selepas hasil siasatan mendapati ianya adalah palsu.
Takut dimarah isteri kerana RM500 habis langgan pelacur
Warga emas berusia 70 tahun ini telah menghabiskan wang RM500 dengan melakukan hubungan seks dengan seorang wanita berusia 20-an di sebuah hotel dekat pekan Bahau pada 24 November lalu.
Ketua Polis Daerah Jempol, Superintenden Noorzainy Mohd Noor berkata, berdasarkan laporan yang dibuatnya dia mendakwa disamun ketika melalui jalan belakang deretan kedai berhampiran stesen bas Bahau.
“Kita telah panggil semula warga emas ini semalam (4 Disember) untuk membuat kawad cam bersangkut repot pertamanya pada 24 November lalu, namun dia mengakui telah membuat repot palsu dan kejadian samun tidak berlaku.
“Dia telah merancang untuk membuat laporan polis kerana telah menghabiskan duit RM500 tanpa pengetahuan isteri dan takut isterinya marah.
“Hasil siasatan lanjut, pada hari kejadian sekitar jam 12 tengahari ketika dalam bas, dia berjumpa dengan seorang perempuan berusia 20-an,” katanya selepas mengesahkan laporan, hari ini.
Noorzainy berkata, warga emas ini seterusnya mengajak perempuan tersebut ke sebuah hotel di Bahau untuk melakukan hubungan seks.
“Perempuan tersebut mengenakan upah sebanyak RM100, dan warga emas ini kemudiannya terus membayar duit tanpa mengira terlebih dahulu wang tersebut.
“Kes ini bagaimana pun masih dalam siasatan polis dibawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
0 Response to "Takut dimarah isteri kerana RM500 habis langgan pelacur, warga emas buat laporan polis palsu disamun"
Post a Comment