‘Takde Meja Rendah, Takpelah Gitu Pun’ – Pegawai Bank CIMB

GAMBAR seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) yang menghadapi kesukaran ketika menukar kad banknya di sebuah bank tempatan mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Menerusi perkongsian gambar di laman Facebook Malaysian Viral Story, ia menunjukkan seorang lelaki OKU terpaksa beratur dan terkial-kial untuk menghulurkan ibu jarinya pada mesin pengimbas ketika berada di kaunter bank CIMB yang tidak dinyatakan lokasinya.

“OKU terpaksa beratur. Dengan tiada tangan dan kaki, terpaksa berdingkit-dingkit untuk cop ibu jari dan beri kad pengenalan.

Kawe (saya) tegur, mohon diberi sedikit keistimewaan agar lelaki OKU ini dilayan di meja khas. Namun pegawai di kaunter yang bernama Zuraida menjawab dengan sinis.

“Alah, biasa saja. Standard operation. Kami tak ada meja rendah. Tak apalah, gitu pun.”

“OKU ini tiada tangan sampai siku dan kaki sampai lutut. Harap CIMB boleh memperbaiki perkhidmatan,” kata individu yang menyebarkan gambar tersebut.

Rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan pada masa turut berang terhadap insiden itu dan mula melemparkan komen-komen yang negatif terhadap bank berkenaan.

Bagaimanapun, menurut CIMB Malaysia, mereka telah menerima laporan berhubung insiden itu dan akan mengambil tindakan selanjutnya.

“Kami sudah menerima laporan berhubung perkara ini dan akan bertindak selanjutnya. Maaf di atas sebarang kesulitan dan kami akan lebih peka berhubung isu ini, terima kasih diatas keperihatinan,” kata CIMB Malaysia.

Sumber: MYNEWSHUB.CC



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "‘Takde Meja Rendah, Takpelah Gitu Pun’ – Pegawai Bank CIMB"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect