Tak dapat kanabis, bapa cubit dan genggam buah zakar anak sendiri dan jolok jari dalam tekak sampai mati

Seorang lelaki didapati bersalah membunuh anaknya yang berusia tujuh bulan dengan penderaan yang memeranjatkan.

Laporan Metro UK mengatakan Kane Kennedy, 20 memicit, mencubit dan menggenggam buah zakar Oskar Jobey-Kennedy sebelum menjolok jari ke dalam tekak mangsa.

bapa cubit dan genggam buah zakar anak sendiri dan jolok jari dalam tekak

bapa cubit dan genggam buah zakar anak sendiri dan jolok jari dalam tekak

Pihak mahkamah diberitahu mangsa meninggal dunia akibat kesukaran bernafas dalam kejadian antara 30 September dan 1 Oktober tahun lepas tersebut.

Bedah siasat mendapati terdapat 13 tanda penderaan di bahagian leher dan muka mangsa.

Buah zakar mangsa juga mengalami lebam yang teruk.

Sebelum ini, Kane menyalahkan isterinya, Tia Jobey, 19, atas kematian anak mereka.

Juri bagaimanapun tidak mempercayai kenyataan Kane dan siasatan mendapati mangsa didera kerana Kane gagal memperolehi bekalan kanabis.

Tia bagaimanapun dihukum penjara 30 bulan kerana membenarkan pembunuhan tersebut berlaku.

Mahkamah akan menetapkan hukuman terhadap Kane 15 Disember ini.

 

Sumber: Sinar Harian



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Tak dapat kanabis, bapa cubit dan genggam buah zakar anak sendiri dan jolok jari dalam tekak sampai mati"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect