Tak cukup duit: Bapa terpaksa curi makanan, seluar, stoking dan kapur kasut

Bapa tiga anak ditahan selepas disyaki mencuri makanan dan barangan bernilai RM415.06 termasuk makanan sejuk beku, baju T, seluar trek, kapur kasut dan stoking dari pasar raya dalam pusat beli-belah di Taman Bukit Indah di sini, semalam.

Bapa terpaksa curi makanan, seluar, stoking dan kapur kasut

Bapa terpaksa curi makanan, seluar, stoking dan kapur kasut

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, suspek yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah jabatan kerajaan di daerah ini sejak 13 tahun lalu itu ditahan selepas gagal mengemukakan resit pembayaran bagi barangan yang ditemui bersamanya.

Menurut Noor Hashim, suspek ke pasar raya itu bersama anak sulung lelakinya yang berusia tiga tahun.

Katanya, pengawal keselamatan pasar raya melihat suspek dalam keadaan mencurigakan sebelum memintanya mengemukakan resit pembelian barangan.

“Suspek kemudian gagal menunjukkan resit pembelian itu dan pengawal keselamatan terus membawa suspek kepada pengurusan.

“Suspek didapati tidak mempunyai resit pembelian dan mengambil barangan tanpa membuat sebarang bayaran.

“Hasil siasatan awal, suspek mendakwa dia melakukan perbuatan itu kerana tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membayar semua barangan terbabit.

“Dia juga mendakwa perlu membeli barangan sekolah untuk anaknya, bagaimanapun kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, siasatan lanjut dibuat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan dan suspek kemudian dibebaskan dengan jaminan polis sementara menunggu arahan pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk pendakwaan, katanya.

 

Sumber: Harian Metro



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Related Posts :

0 Response to "Tak cukup duit: Bapa terpaksa curi makanan, seluar, stoking dan kapur kasut"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect